Sunday, April 11, 2010

Perjuangan Harus Ku Teruskan.......

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W penutup segala Nabi dan Rasul yang menjadi panduan dan ikutan untuk seluruh umat tak kira apa jua bangsa dan keturunannya.

Sudah 3 minggu Aku berada di Kubang Jelai yang semakin dekat di hati Ku untuk meneruskan hafazan di bawah bimbingan Ustaz Huzaifah yang Aku hormati. 

Semakin hari semakin rindu rasanya pada kedua IbuBapa Ku  dan juga adik Ku si Kenot Wafa. Rasa tak sabar menanti kedatangan mereka untuk menjenguk Ku di Kubang Jelai. Namum Aku faham perjalanan ke Kubang Jelai agak jauh dan mungkin kedua IbuBapa Ku masih lagi sibuk dalam urusan perkerjaan yang menjadi asbab datangnya rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T [Ar Razak] kepada hambanya.

Namum hati Ku sedikit lega kerana pada jumaat yang lalu melalui hubungan telefon Ibu Ku akan berusaha untuk hadir ke Kubang Jelai dalam waktu yang terdekat ini bersama Bapa dan adik Ku si Kenot Wafa sebelum cuti pertengahan tahun ini.

Ya ALLAH permudahkanlah perjalanan IbuBapa dan adik Ku agar pertemuan kali ini dapat memberi perangsang kepada Ku dalam meneruskan Hafazan yang juga menjadi salah satu cita2 Ibu Ku sejak Aku di dalam kandungan lagi.....AMIN

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti.........