Monday, November 23, 2009

Zaman Kanak - Kanak Ku yang harus ditinggalkan buat Seketika dan...........

Zaman Kanak - Kanak Ku yang harus ditinggalkan buat Seketika dan mungkin sebagai kenangan abadi




Perkara yang harus ku tempuhi dan terokai hingga ke akhir hayat Ku.........[Innalillahi Wainnailaihirojiu'n]




Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.

Friday, November 20, 2009

Persediaan Ku untuk ke alam Penyuciaan Diri

Alhamdullillah serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Hari ini kedua ibubapa Ku sedang sibuk membuat persiapan bagi kelengkapan diri Ku untuk ke alam Penyucian Diri selama 40 hari pada 01/12/09 di Kg Paya Mak Insun, Pendang, Kedah sebelum Aku memulakan pengajian Tahfiz sepenuhnya di Pusat Tahfiz Al-Kholidi.

Penyucian Diri [Hati] ini adalah salah satu program yang dilakukan oleh pentadbiran Tahfiz Al-Kholidi bagi memantapkan diri dari segi rohani dan jasmani yang lebih memberi penekanan kepada mutu bacaan Al-Quran, pembaikan perbuatan & bacaan solat serta pembaikan akhlak @ budi pekerti yang mulia.

Ya Allah aku berdoa mudah-mudahan kau permudahkan segala aktiviti yang akan aku tempohi di sepanjang program ini dilaksanakan. "Amin"


Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.

Wednesday, November 18, 2009

Keluarga Ku Yang Tercinta Yang bakal Ku Tinggalkan Demi Menyelami Dunia Huffaz

Inilah photo keluarga Ku yang tercinta. Aku sangat menyayangi kedua ibubapa Ku, lebih-lebih lagi adik kecil Ku si Kenot Wafa [4 tahun] @ Zulia Wafa yang bakal Ku Tinggalkan Demi Menyelamai Dunia Huffaz.

Akan Ku jadikan contoh pada diri Ku buat adik Ku si Kenot Wafa mudah-mudahan dengan kejayaan Ku dalam dunia Huffaz akan menjadi sumber inspirasinya untuk menjadi seorang Hafizah yang bermanafaat dan menjadi contoh pada muslimah di masa akan datang. "Amin"

Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.

Hari Terakhir Ku di SK Cyberjaya

Alhamdulillah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ini, Rabu 18/11/09 merupakan hari terakhir Ku di SK Cyberjaya sebagai penuntut tahun 1. Selepas ini aku akan melangkah ke alam Huffaz di Pusat Tahfiz Al-Kholidi demi memertabatkan Al Quran dan segala tuntutan dalam meneruskan titian "Sirotul Mustaqim".

Aku memohon keampunan kepada Mu ya Allah dan Aku memohon keampunan kepada kedua ibubapa Ku dan semua Guru-guru yang telah mendidikku mudahan-mudahan hasrat untuk menjadi seorang Hafiz dipermudahkan dan tercapai "Amin"

Meninggalkan alam persekolahan sekular tidaklah begitu mudah buat diriku. Buat masa ini aku lebih terdedah kepada sahabat-sahabat sepermainanku yang masih lagi belum mengenal sedalam-dalamnya siapa yang maha pencipta dan apakah perananku sebagai hamba di mukabumi ini.

Mungkin dengan umur Ku yang masih kecil ini [7 tahun], masih belum puas lagi untuk Ku berpisah dengan kehidupan yang penuh dengan keseronokan duniawi yang tidak mengenal erti dosa dan pahala.

Tengahari ini aku baru saja menerima keputusan peperiksaan akhir tahun ku tahun 1 yang cuma memuaskan berbanding agak cukup baik di pertengahan tahun ini. Aku difahamkan mungkin Aku akan dialihkan dari kelas nombor satu ke kelas nombor dua dari lima kelas keseluruhan yang ada untuk tahun hadapan iaitu di tahun 2.

Aku tetap bersyukyur kerana keputusan ini memang sudah dijangka oleh kedua ibubapaku yang aku kerap tidak hadir kesekolah disebabkan faktor keadaan semasa [H1N1] yang mungkin sebagai asbab di atas kekurangan ilmu pengetahuan yang Ku terima semasa tidak hadir di dalam kelas.

Kemerosotan ini juga mungkin satu Hikmah buat diriku dan sebagai pencetus untuk ibubapa Ku untuk meneruskan peralihan Ku ke Dunia Huffaz yang telah dijanjikan sejak Aku dari dalam kandungan ibu Ku lagi.

Peralihan Ku dari alam sekular ke Dunia Huffaz menjadi satu cabaran buat kedua ibubapaku yang pada hakikatnya agak jarang berlaku bagi anak-anak yang sebayaku dengan keadaan yang serba ada [Atas Rahmat Allah S.W.T] di mana sesetengah ibubapa beranggapan dunia huffaz adalah satu dunia yang tidak menjanjikan kedudukan dan harapan yang cerah di masa hadapan jika dibandingkan dengan kemajuan yang ada dan kian membangun pada ketika ini.

Namun begitu kedua ibubapaku yakin jalan Huffaz yang akan diterokai ini akan melahirkan Ku sebagai seorang yang lebih mengenal maha pencipta dan lebih tunduk sebagai Hamba [Lahaulawala Kuwwataillabillahila'liyula'zim]. Bak kata para Alim Ulama' jika dunia yang kita tuntut maka dunialah yang kita perolehi dan jika akhirat yang kita tuntut insyaAllah ilmu dunia akan lebih kita perolehi.

Ya Allah jadikanlah diri Ku dan kedua ibubapa Ku orang yang Redo disisiMu....


Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.

Tuesday, November 17, 2009

Menjejakkan kaki Ku ke Dunia Huffaz

Syukur alhamdulillah dan salam sejahtera buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Pada hari Ahad 15/11/09 aku masih lagi bernafas untuk memulakan penghijrahanku dari alam akedemik di SK Cyberjaya ke alam Huffaz iaitu di Pusat Tahfiz Al-Kholidi Hulu Klang yang aku sendiri masih mencari pengertiannya.


Hakikatnya perjalanan ku ni dinaugerahkan oleh Allah S.W kepada kedua ibubapa ku yang lebih mengutamakan ilmu akhirat berbanding ilmu duniawi dengan harapan suatu hari kelak aku akan menjadi seorang hafiz dan ulama' yang bemanafaat kepada agama dan bangsa.


Ketika ini umurku baru sahaja 7 tahun dan bagi diriku aku masih lagi kecil dan merupakan satu cabaran bagiku untuk menunaikan hasrat dan harapan yang tinggi terutamanya ibuku yang sejak dari kandungan lagi telah berniat dan sentiasa berdoa untuk menjadikanku seorang IMAM di Mekah iaitu di tanah yang penuh dengan keberkahan dan kesuciannya di sisi Allah.


Di pusat Tahfiz Al-Kholidi Aku diuji dengan bacaan-bacaan ayat suci serta bacaan jawi untuk memastikan yang aku sudahpun mempunyai asas untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang Hafiz. Alhamdulillah hati Ku diterangi dengan kalam-kalam Allah yang membolehkan Ku melafazkan bacaan ayat-ayat suci dengan agak lancar dan tertil.


Hakikatnya inilah titik tolak perjalanan hidupku yang terdorong di atas ketentuan Mu Ya Allah.


Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.