Alhamdulillah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Hari ini, Rabu 18/11/09 merupakan hari terakhir Ku di SK Cyberjaya sebagai penuntut tahun 1. Selepas ini aku akan melangkah ke alam Huffaz di Pusat Tahfiz Al-Kholidi demi memertabatkan Al Quran dan segala tuntutan dalam meneruskan titian "Sirotul Mustaqim".
Aku memohon keampunan kepada Mu ya Allah dan Aku memohon keampunan kepada kedua ibubapa Ku dan semua Guru-guru yang telah mendidikku mudahan-mudahan hasrat untuk menjadi seorang Hafiz dipermudahkan dan tercapai "Amin"
Meninggalkan alam persekolahan sekular tidaklah begitu mudah buat diriku. Buat masa ini aku lebih terdedah kepada sahabat-sahabat sepermainanku yang masih lagi belum mengenal sedalam-dalamnya siapa yang maha pencipta dan apakah perananku sebagai hamba di mukabumi ini.
Mungkin dengan umur Ku yang masih kecil ini [7 tahun], masih belum puas lagi untuk Ku berpisah dengan kehidupan yang penuh dengan keseronokan duniawi yang tidak mengenal erti dosa dan pahala.
Tengahari ini aku baru saja menerima keputusan peperiksaan akhir tahun ku tahun 1 yang cuma memuaskan berbanding agak cukup baik di pertengahan tahun ini. Aku difahamkan mungkin Aku akan dialihkan dari kelas nombor satu ke kelas nombor dua dari lima kelas keseluruhan yang ada untuk tahun hadapan iaitu di tahun 2.
Aku tetap bersyukyur kerana keputusan ini memang sudah dijangka oleh kedua ibubapaku yang aku kerap tidak hadir kesekolah disebabkan faktor keadaan semasa [H1N1] yang mungkin sebagai asbab di atas kekurangan ilmu pengetahuan yang Ku terima semasa tidak hadir di dalam kelas.
Kemerosotan ini juga mungkin satu Hikmah buat diriku dan sebagai pencetus untuk ibubapa Ku untuk meneruskan peralihan Ku ke Dunia Huffaz yang telah dijanjikan sejak Aku dari dalam kandungan ibu Ku lagi.
Peralihan Ku dari alam sekular ke Dunia Huffaz menjadi satu cabaran buat kedua ibubapaku yang pada hakikatnya agak jarang berlaku bagi anak-anak yang sebayaku dengan keadaan yang serba ada [Atas Rahmat Allah S.W.T] di mana sesetengah ibubapa beranggapan dunia huffaz adalah satu dunia yang tidak menjanjikan kedudukan dan harapan yang cerah di masa hadapan jika dibandingkan dengan kemajuan yang ada dan kian membangun pada ketika ini.
Namun begitu kedua ibubapaku yakin jalan Huffaz yang akan diterokai ini akan melahirkan Ku sebagai seorang yang lebih mengenal maha pencipta dan lebih tunduk sebagai Hamba [Lahaulawala Kuwwataillabillahila'liyula'zim]. Bak kata para Alim Ulama' jika dunia yang kita tuntut maka dunialah yang kita perolehi dan jika akhirat yang kita tuntut insyaAllah ilmu dunia akan lebih kita perolehi.
Ya Allah jadikanlah diri Ku dan kedua ibubapa Ku orang yang Redo disisiMu....
Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.
No comments:
Post a Comment