Sunday, December 6, 2009

Pemergian Ku ke Kg Paya Mak Inson - 40 hari Penyucian Diri

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pada 01/12/09 jam 1.30 tengahari kedua ibubapa Ku memulakan perjalanan dari rumah Ku di Taman Puncak Jalil ke Pusat Tahfiz Al-Kholidi UK Bistari bagi persiapan keberangkatan Ku ke Kg Paya Mak Inson, Pendang Kedah.

Bagi diri Ku yang kecil ini masih tertanya-tanya di dalam hati samaada hati ini akan tabah dalam meneruskan perjuangan Ku ke dunia Huffaz yang tidaklah begitu mudah jika tanpa doa dari kedua ibubapa serta guru-guru yang akan menjadi jambatan untuk ku berjaya menjadi salah seorang Hafiz atau mungkin Ulama' masa depan seperti yang di hajati.


Kelihatan wajah Ku ketika itu tidak semanis yang diharapkan namun kedua ibubapa Ku agak begitu tenang dan telah meninggalkan Ku di Pusat Tahfiz Al-Kholidi lebih kurang pukul 3.30 petang untuk memudahkan pihak pengurusan Al-Kholidi bagi meneruskan program Ta'aruf sebelum kami berlepas ke Kg. Paya Mak Inson pada sebelah malamnya

Gambarku ketika program Ta'aruf di UK Bistari

Alhamdulillah, Aku serta sahabat-sahabat yang lain telah tiba di Kg. Paya Mak Inson pada keesokan harinya iaitu pada 02/12/09

Ketika Taklimat Hari Pertama di Kg Paya Mak Inson oleh Tuan Guru Haji Sanusi & Mudir Al-Kholidi Ustaz Yunus




Menjamu Selera Pada Hari Pertama


Ketika Ku menunaikan solat Jamaah di Kg Paya Mak Inson



Teman -teman seperjuangan Ku yang bakal menjadi Ulama' kiranya jika diizinkan Allah S.W.T

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Ku........
Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.

1 comment: