Syukur alhamdulillah dan salam sejahtera buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Pada hari Ahad 15/11/09 aku masih lagi bernafas untuk memulakan penghijrahanku dari alam akedemik di SK Cyberjaya ke alam Huffaz iaitu di Pusat Tahfiz Al-Kholidi Hulu Klang yang aku sendiri masih mencari pengertiannya.
Hakikatnya perjalanan ku ni dinaugerahkan oleh Allah S.W kepada kedua ibubapa ku yang lebih mengutamakan ilmu akhirat berbanding ilmu duniawi dengan harapan suatu hari kelak aku akan menjadi seorang hafiz dan ulama' yang bemanafaat kepada agama dan bangsa.
Ketika ini umurku baru sahaja 7 tahun dan bagi diriku aku masih lagi kecil dan merupakan satu cabaran bagiku untuk menunaikan hasrat dan harapan yang tinggi terutamanya ibuku yang sejak dari kandungan lagi telah berniat dan sentiasa berdoa untuk menjadikanku seorang IMAM di Mekah iaitu di tanah yang penuh dengan keberkahan dan kesuciannya di sisi Allah.
Di pusat Tahfiz Al-Kholidi Aku diuji dengan bacaan-bacaan ayat suci serta bacaan jawi untuk memastikan yang aku sudahpun mempunyai asas untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang Hafiz. Alhamdulillah hati Ku diterangi dengan kalam-kalam Allah yang membolehkan Ku melafazkan bacaan ayat-ayat suci dengan agak lancar dan tertil.
Hakikatnya inilah titik tolak perjalanan hidupku yang terdorong di atas ketentuan Mu Ya Allah.
Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.

Tahniah...
ReplyDelete