Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Gembira sungguh rasa di hati dapat bertemu Abah, Umi dan si Kenot Wafa adik tersayang.
Aku dibawa meginap di Sentosa Regency Hotel Alor Setar bermula pada hari Ahad 9/5/10 dan kembali ke Kubang Jelai pada esoknya hari Isnin 10/5/10.
Rasanya masa begitu singkat bersama keluarga tercinta namun Aku tetap berbesar hati dan gembira kerana kedua Ibu bapa Ku telah menunaikan janjinya untuk bertemu Ku di Kubang Jelai bagi mengubat rindu di hati.
Alhamdulillah kali ini, walaupun hati sedih ketika Abah, Umi dan si Kenot Wafa ingin meninggalkan Ku dalam meneruskan pengajian Ku di Kubang Jelai Namum menunaikan JANJI itu adalah lebih utama dan merupakan satu amanah yang harus tiada kesudahannya.
Terima Kasih Abah
Terima Kasih Umi
terima Kasih adik Ku si Kenot Wafa
Ya ALLAH lindungilah keluarga Ku, Diri Ku, Guru-Guru Ku serta rakan seperjuangan Ku agar kami selamat dalam meneruskan perjuangan demi memartabatkan Al Quran dan Sunnah sebagai petunjuk kejalan yang HAK iaitu jalan yang KEKAL & ABADI............Amin
Daripada engkau Ya ALLAH Aku dihidupkan dan kepada engkau jualah Aku dikembalikan.
Kembalikanlah Ku dalam SYAHADAH dan REDO Mu. Wallahu.
No comments:
Post a Comment