Ahamdulillah serta salam dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W penutup segala Kenabian dan Rasul di mukabumi ini.......tiada yang lebih menyayangi dan di sayangi umatnya melainkan MUHAMMAD sebagai petunjuk ke jalan yang HAK.
Kini sudah hampir lebih 40 hari Aku di Kubang Jelai dalam mengabdikan diri Ku pada yang HAK demi meneruskan perjalanan awal Ku dalam memartabatkan Al-Quran dan Sunnah yang pada hakikatnya masih banyak lagi yang harus Aku terokai dan pelajari dari Guru-Guru yang Aku kasihi.
Alhamdulillah walaupun Aku jauh disisi keluarga namum Aku tidak sendiri disini. Aku sentiasa ditemani sahabat-sahabat seperjuangan Ku serta Guru-Guru yang bertungkus lumus dalam mendidik Ku untuk menjadi Hafiz yang sejati.
Setiap jumaat Ibu Bapa Ku kerap menghubungi Ku sebagai tanda kasih sayang serta keperihatinan mereka kepada Aku. Aku rasa begitu terharu terhadap kasih sayang yang dicurahkan dan inilah sebenar-benarnya harapan bagi diri Ku iaitu HARAPAN YANG MENGGUNUNG terhadap kasih sayang dari kedua Ibu Bapa Ku.....sebagai pendorong untuk Aku meneruskan perjalanan ini.
InsyaALLAH akan Aku tunaikan hasrat kedua Ibu Bapa Ku untuk menjadi hafiz yang termuda di kalangan yang termuda di Al Kholidi.
Ya ALLAH, Ya RASULULLAH, Guru-Guru Ku, Ibu Bapa Ku serta sahabat seperjuangan Ku...... dengan DOA mu mudah-mudahan kami semua di Al Kholidi akan mendapat cahaya yang dicari sebagai penerang hidup serta petunjuk kejalan yang KEKAL dan ABADI.....Wallahu
Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti........
No comments:
Post a Comment