Sunday, January 17, 2010

Hafazan Sepenuh Masa Ku Bermula Di Kg Paya Mak Inson

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mudah-mudahan Aku, Guru-Guru Ku, Ibubapa Ku serta sahabat seperjuangan Ku sentiasa berada dibawah naungan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Hari ini merupakan hari pertama perjalanan Ku ke dunia hafazan sepenuh masa. Kata Ibubapa Ku melalui maklumat yang diterima sebaik selesai Ustaz Yunus mengadakan Kuliyah di Surau di kawasan rumah Ku, destinasi awal yang telah dirancang adalah menuju ke Trengganu. Namum diatas kehendak Allah S.W.T  dan diatas permintaan Guru-Guru yang mendidik Ku [ketika program 40 hari penyucian diri] yang ingin terus untuk Ku berada di Kg Paya Mak Inson, maka rancangan awal ke Trengganu telah dibatalkan.


Di Kg Paya Mak Inson Aku akan terus dididik untuk membuat hafazan Al Quran dan jika Aku terus istiqomah tiada yang mustahil jika dizinkan Allah, dengan curahan ilmu dan ingatan yang melimpah ruah, Aku akan menjadi di kalangan Hafiz yang termuda di Al-Kholidi. Inilah hasrat Guru-Guru yang akan mendidik Ku di Kg Paya Mak Inson.


Pagi tadi kira-kira pukul 11.00 pagi perjalanan Ku dari Ukay Bistari Ke Kg Paya Mak Inson bermula. Alhamdulillah Aku telah selamat tiba di Kg Paya Mak Inson lebih kurang pukul 6.30 petang.

Harapan Ku, serta diiringi dengan doa kedua Ibubapaku, mudah-mudahan segalanya berjalan dengan mudah seperti yang telah diatur. Namun begitu, Aku akan sentiasa berdoa agar hasrat Ku dan Kedua Ibubapa Ku untuk menjadi seorang Hafiz termakbul. Amin......

Pesan Bapaku......Ingatlah Allah, Hadiahkanlah Al-Fatihah buat Rasullullah, Wali-Wali Allah, Guru-Guru, Ibubapa dan Sahabat Seperjuangan Ku. InsyaAllah, keberkatan akan sentiasa mengiringi dimana jua keadaan kamu berada.

Wallahu......
Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih lagi Tidak Terhenti..........

Wednesday, January 13, 2010

Kembali Seketika ke Pangkuan Keluarga

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Selesai sudah Aku mengharungi 40 hari penyucian diri di Kg Paya Mak Inson.


Hati Ku begitu memuji kebaikan Guru-Guru dan sahabat-sahabat Ku dan bagi diri Ku yang kecil ini abang Basir merupakan sahabat yang beriman dan berakhlak mulia.


Perkataan yang secara spontan terkeluar dari mulut Ku adalah alangkah selesanya Ku melihat ruang katil Ku serta Hawa Dingin yang sentiasa membuat Ku lena dalam tidur Ku ketika Ku melangkah masuk ke ruangan bilik tidur Ku [kerana sejak dari lahir lagi aku sudah biasa ditidurkan di dalam bilik yang berhawa dingin].


Namun di hati kecil Ku, semuanya itu hanya permainan duniawi dan alangkah bahagianya dengan limpah rahmat Allah S.W.T, Aku, Ibubapa Ku, Keluarga Ku, Guru-Guru Ku dan sahabat-sahabat seperjuangan Ku dapat ditempatkan di Syurga yang kekal abadi. Wallahu.


Hari ini merupakan hari yang keempat Aku bersama keluarga.


[.........10/01/2010 merupakan satu tarikh yang amat bermakna bagi diri Ku dan juga kedua Ibubapa Ku di mana kami akan mengetahui dimanakah tempat yang khusus untuk Aku meneruskan perjalanan Ku di dalam mengharungi dunia Huffaz yang penuh dengan cabaran ini. Sebaik sahaja kedua Ibubapa Ku menerima surat keputusan atau tawaran dari pihak pentadbiran Al Kholidi, mereka kelihatan tersenyum seolah-olah sudah mengetahui dimanakah tempat khusus yang Aku harus lalui. Kelihatan Kg Paya Mak Inson sudah begitu mesra dengan jiwa Ku dan di sinilah tempat yang harus Aku mulai sebagai Hafiz sepenuh masa dan mudah-mudahan di sini jugalah akan Ku akhiri atau pastikan 30 juzuk berada di hati Ku untuk Ku manafaatkan kepada seluruh umat Islam sejagat........]

Aku berharap dengan doa Guru-Guru, Sahabat Seperjuangan dan kedua Ibubapa Ku, mudah-mudahan dengan izin Allah segala perjalanan Ku akan dipermudahkan dengan curahan ilmu yang melimpah ruah serta ingatan yang berpanjangan untuk Ku habiskan 30 Juzuk Al-Quran di dada Ku.

Ya Allah jadikanlah Aku dikalangan Hafiz yang termuda di Al Kholidi. Inilah satu-satunya hadiah Ku buat Guru-Guru Ku, kedua Ibubapa Ku dan sebagai kesinambungan untuk Ku manafaatkan buat saudara se-Islam Ku di masa akan datang. Tiada daya upayaKu melainkan dengan izin Mu. Amin Ya Allah.....

Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.

Wednesday, January 6, 2010

Minggu Terakhir Penyucian Diri di Kg Paya Mak Inson

Alhamduliilah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mudah-mudahan Aku, rakan-rakan huffaz Ku, Guru-Guru Ku serta kedua ibu bapa Ku sentiasa tergolong dikalangan orang-orang yang bersyukur.

Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk Aku berada di Kg Paya Mak Inson. Minggu ini juga merupakan minggu pertama persekolahan sekular bagi tahun 2010 yang telah Aku tinggalkan demi memartabatkan Al-Quran dan Sunnah dengan harapan dan doa satu hari kelak aku akan menjadi Hafiz dan Ulamak yang termuda dan dapat dimanafaatkan untuk seluruh umat islam sejagat.

Selepas tamat 40 hari penyucian diri di Kg Paya Mak Inson, Aku akan ditempatkan di Tahfiz Al-Kholidi samaada di Kg Paya Mak Inson, UK Bistari, Kubang Jelai, Kuantan atau Trengganu yang Aku sendiri tidak pasti.

Semua yang berlaku selepas ini aku serahkan kepada Guru-Guru yang telah bertungkus lumus membimbing Ku bagi menentukan dimanakah tempat yang sesuai untuk Aku meneruskan pengajian Tahfiz ini mengikut tahap prestasi Ku. Namun hakikatnya segala arah laluan yang akan Aku lalui selepas ini hanyalah ketentuan dari yang HAK kerana ia lebih mengetahui akan apakah yang terbaik buat hambanya.

Rasa tak sabar untuk Ku bertemu dengan kedua ibu bapa Ku serta adik Ku si Kenot Wafa. InsyaAllah jika nafas ku masih tidak terhenti akan Ku teruskan perjuangan ini. Aku yakin Allah akan bersama Ku. Seperti pesan Bapa Ku yang sentiasa mengingatkan Aku selepas solat berjamaah di rumah, "Jika kita sentiasa ingat Allah maka Allah akan lebih mengingati diri Kita walau di mana jua kita berada, walau apa jua kedudukan kita di muka bumi ini".


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Ku........


Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.