Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan Aku, Guru-Guru Ku, Ibubapa Ku serta sahabat seperjuangan Ku sentiasa berada dibawah naungan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Hari ini merupakan hari pertama perjalanan Ku ke dunia hafazan sepenuh masa. Kata Ibubapa Ku melalui maklumat yang diterima sebaik selesai Ustaz Yunus mengadakan Kuliyah di Surau di kawasan rumah Ku, destinasi awal yang telah dirancang adalah menuju ke Trengganu. Namum diatas kehendak Allah S.W.T dan diatas permintaan Guru-Guru yang mendidik Ku [ketika program 40 hari penyucian diri] yang ingin terus untuk Ku berada di Kg Paya Mak Inson, maka rancangan awal ke Trengganu telah dibatalkan.
Di Kg Paya Mak Inson Aku akan terus dididik untuk membuat hafazan Al Quran dan jika Aku terus istiqomah tiada yang mustahil jika dizinkan Allah, dengan curahan ilmu dan ingatan yang melimpah ruah, Aku akan menjadi di kalangan Hafiz yang termuda di Al-Kholidi. Inilah hasrat Guru-Guru yang akan mendidik Ku di Kg Paya Mak Inson.
Pagi tadi kira-kira pukul 11.00 pagi perjalanan Ku dari Ukay Bistari Ke Kg Paya Mak Inson bermula. Alhamdulillah Aku telah selamat tiba di Kg Paya Mak Inson lebih kurang pukul 6.30 petang.

Harapan Ku, serta diiringi dengan doa kedua Ibubapaku, mudah-mudahan segalanya berjalan dengan mudah seperti yang telah diatur. Namun begitu, Aku akan sentiasa berdoa agar hasrat Ku dan Kedua Ibubapa Ku untuk menjadi seorang Hafiz termakbul. Amin......
Pesan Bapaku......Ingatlah Allah, Hadiahkanlah Al-Fatihah buat Rasullullah, Wali-Wali Allah, Guru-Guru, Ibubapa dan Sahabat Seperjuangan Ku. InsyaAllah, keberkatan akan sentiasa mengiringi dimana jua keadaan kamu berada.
Wallahu......
Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih lagi Tidak Terhenti..........
No comments:
Post a Comment