Wednesday, January 13, 2010

Kembali Seketika ke Pangkuan Keluarga

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Selesai sudah Aku mengharungi 40 hari penyucian diri di Kg Paya Mak Inson.


Hati Ku begitu memuji kebaikan Guru-Guru dan sahabat-sahabat Ku dan bagi diri Ku yang kecil ini abang Basir merupakan sahabat yang beriman dan berakhlak mulia.


Perkataan yang secara spontan terkeluar dari mulut Ku adalah alangkah selesanya Ku melihat ruang katil Ku serta Hawa Dingin yang sentiasa membuat Ku lena dalam tidur Ku ketika Ku melangkah masuk ke ruangan bilik tidur Ku [kerana sejak dari lahir lagi aku sudah biasa ditidurkan di dalam bilik yang berhawa dingin].


Namun di hati kecil Ku, semuanya itu hanya permainan duniawi dan alangkah bahagianya dengan limpah rahmat Allah S.W.T, Aku, Ibubapa Ku, Keluarga Ku, Guru-Guru Ku dan sahabat-sahabat seperjuangan Ku dapat ditempatkan di Syurga yang kekal abadi. Wallahu.


Hari ini merupakan hari yang keempat Aku bersama keluarga.


[.........10/01/2010 merupakan satu tarikh yang amat bermakna bagi diri Ku dan juga kedua Ibubapa Ku di mana kami akan mengetahui dimanakah tempat yang khusus untuk Aku meneruskan perjalanan Ku di dalam mengharungi dunia Huffaz yang penuh dengan cabaran ini. Sebaik sahaja kedua Ibubapa Ku menerima surat keputusan atau tawaran dari pihak pentadbiran Al Kholidi, mereka kelihatan tersenyum seolah-olah sudah mengetahui dimanakah tempat khusus yang Aku harus lalui. Kelihatan Kg Paya Mak Inson sudah begitu mesra dengan jiwa Ku dan di sinilah tempat yang harus Aku mulai sebagai Hafiz sepenuh masa dan mudah-mudahan di sini jugalah akan Ku akhiri atau pastikan 30 juzuk berada di hati Ku untuk Ku manafaatkan kepada seluruh umat Islam sejagat........]

Aku berharap dengan doa Guru-Guru, Sahabat Seperjuangan dan kedua Ibubapa Ku, mudah-mudahan dengan izin Allah segala perjalanan Ku akan dipermudahkan dengan curahan ilmu yang melimpah ruah serta ingatan yang berpanjangan untuk Ku habiskan 30 Juzuk Al-Quran di dada Ku.

Ya Allah jadikanlah Aku dikalangan Hafiz yang termuda di Al Kholidi. Inilah satu-satunya hadiah Ku buat Guru-Guru Ku, kedua Ibubapa Ku dan sebagai kesinambungan untuk Ku manafaatkan buat saudara se-Islam Ku di masa akan datang. Tiada daya upayaKu melainkan dengan izin Mu. Amin Ya Allah.....

Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.

No comments:

Post a Comment