Alhamduliilah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan Aku, rakan-rakan huffaz Ku, Guru-Guru Ku serta kedua ibu bapa Ku sentiasa tergolong dikalangan orang-orang yang bersyukur.
Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk Aku berada di Kg Paya Mak Inson. Minggu ini juga merupakan minggu pertama persekolahan sekular bagi tahun 2010 yang telah Aku tinggalkan demi memartabatkan Al-Quran dan Sunnah dengan harapan dan doa satu hari kelak aku akan menjadi Hafiz dan Ulamak yang termuda dan dapat dimanafaatkan untuk seluruh umat islam sejagat.
Selepas tamat 40 hari penyucian diri di Kg Paya Mak Inson, Aku akan ditempatkan di Tahfiz Al-Kholidi samaada di Kg Paya Mak Inson, UK Bistari, Kubang Jelai, Kuantan atau Trengganu yang Aku sendiri tidak pasti.
Semua yang berlaku selepas ini aku serahkan kepada Guru-Guru yang telah bertungkus lumus membimbing Ku bagi menentukan dimanakah tempat yang sesuai untuk Aku meneruskan pengajian Tahfiz ini mengikut tahap prestasi Ku. Namun hakikatnya segala arah laluan yang akan Aku lalui selepas ini hanyalah ketentuan dari yang HAK kerana ia lebih mengetahui akan apakah yang terbaik buat hambanya.
Rasa tak sabar untuk Ku bertemu dengan kedua ibu bapa Ku serta adik Ku si Kenot Wafa. InsyaAllah jika nafas ku masih tidak terhenti akan Ku teruskan perjuangan ini. Aku yakin Allah akan bersama Ku. Seperti pesan Bapa Ku yang sentiasa mengingatkan Aku selepas solat berjamaah di rumah, "Jika kita sentiasa ingat Allah maka Allah akan lebih mengingati diri Kita walau di mana jua kita berada, walau apa jua kedudukan kita di muka bumi ini".
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Ku........
Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.
No comments:
Post a Comment