Friday, November 26, 2010

Selesai Cuti Raya Korban

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Selesai sudah cuti Ku bersama keluarga yang tercinta...Kini Aku sudah kembali di Tahfiz Shah Alam untuk meneruskan hafazan sepenuh masa bersama sahabat2 Ku yang baru Ku kenali.

Kini Aku sudah semakin rapat dengan sahabat baru Ku, mudahan2an ia akan berkekalan dan menjadi perangsang untuk Ku meneruskan perjuangan Ku disini.

Ya ALLAH permudahkan segala urusan Ku jika jalan Ku ni jalan yang benar dan dibawah keredhoan MU.

AMIN

Friday, October 29, 2010

Hari Terakhir Ku di Tahfiz Al-Kholidi -17/10/2010

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
17/10/2010 merupakan hari terakhir Ku meninggalkan sahabat2 seperjuangan Ku di Tahfiz Al-Kholidi...
Ini adalah hijrah Ku dengan harapan dan doa dari kedua Ibubapa Ku akan ada hikmah disebaliknya...

Aku baru saja bermula di Tahfiz yang baru iaitu Madrasah Tahfiz Al-Quran Seksyen 13 Shah Alam pada 24/10/2010 dimana lokasinya tidak begitu jauh dari pejabat Bapa Ku. Mungkin inilah salah satu faktor perpindahan Ku agar Aku lebih senang dihubungi oleh Kedua Ibubapa Ku disebabkan faktor umur Ku yang masih lagi tidak dapat menguruskan diri sendiri berbanding rakan2 yang lebih dewasa dari Ku.

Namun Aku bersyukur...perpindahan ini tidak menjejaskan matlamat Ku untuk menjadi seorang Hafiz dan inilah yang akan terus Aku perjuangkan....

Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan Ku bersama sahabat2 serta Guru2 yang baru serta permudahkanlah sahabat2 dan Guru2 Ku di Tahfiz Al-Kholidi.

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti
Wallahu

Tuesday, September 21, 2010

BERHIJRAH DARI KUBANG JELAI KE HULU YAM

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kedua ibubapa Ku, Guru2 Ku, Sahabat2 Hafazan Ku dan tak lupa untuk diri Ku agar sentiasa berada dibawah naungan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Syukur Nikmat sekarang ini bermula pada hari Sabtu 19/09/2010...Aku sudah berada di Hulu Yam yang agak begitu hampir jaraknya dengan kedua ibubapa Ku serta adik kesayangan Ku si kenot Wafa...Rasa macam bermimpi yang akhirnya Aku dapat meneruskan pengajian Ku di sini...Inilah yang dikatakan rezeki yang tidak diduga namum hakikatnya semua ini telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T kepada hambanya.

Ya Allah jadikanlah Aku serta Sahabat hafazan Ku, keluarga Ku serta Guru2 Ku
Orang yang...........
Sentiasa menyintai ALLAH
Sentiasa menyintai Kalam suci Mu
Sentiasa menyintai Rasullullah
Orang yang memahami Al-Quran
Orang yang dapat mentafsirkan Al-Quran
dan Orang yang sentiasa berada di jalan Sirotul Mustaqim
AMIN

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti
Mudah-mudahan direzekikan usia untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya
Wallahu

Tuesday, July 13, 2010

Ramadhan Semakin Hampir

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W penghulu segala Nabi dan Rasul yang menjadi ikutan umat islam sepanjang zaman.

Ramadhan semakin hampir. Lebih Kurang sebulan lagi Aku akan menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatannya dengan perbanyakkan amalan dan ibadah Ku.

Aku berharap agar Ibu Bapa Ku dapat menjenguk Ku sebelum tibanya bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan ALLAH S.W.T permudahkan segala urusan Ibu Bapa Ku agar mereka lebih dekat lagi kepadaNYA.

Ya ALLAH ampunilah dosa Ku dan Dosa kedua Ibu Bapa Ku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi Ku semasa Aku kecil...AMIN

Pesan Bapa Ku...Peliharalah hatimu dari segala kejahatan seolah-olah kamu akan mati sesaat lagi.

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti...

Friday, June 25, 2010

CUTI Sudah Habis...Hafazan Bermula Kembali...

Alhamdulillah.......
Salam dan Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W utusan akhir zaman buat sekelian makhluk di muka bumi ini.

Cuti hafazan Ku yang bermula pada 5/6/2010 sudahpun selesai dan Aku telah tiba di Kubang Jelai pada subuh 20/6/2010 untuk meneruskan Hafazan Ku....

Dengan izin ALLAH...Kini Yasin dan Juzuk Amma [30] telah berada di ingatan Ku dan Aku sedang meneruskan ke juzuk yang ke 29 dan seterusnya untuk memastikan sekurang-kurangnya 5 juzuk berada di ingatan Ku akhir tahun 2010 ini..

Terima Kasih kepada guru Ku Ustaz Huzaifah dan guru-guru yang lain serta para sahabat hafazan Ku yang banyak memberi perangsang untuk Ku meneruskan hafazan Ku.

Ya ALLAH.....permudahkan segala urusan Al-Kholidi, Guru-Guru serta sahabat seperjuangan Ku mudah-mudahan segala apa yang kami lakukan sentiasa berada di bawah naungan Ar-Rahman dan Ar-Rahim Mu..Berikanlah kami curahan ilmu yang melimpah ruah serta ingatan yang berpanjangan dan memahami isi kandungan Al-Quran yang kami pelajari ini agar dapat kami amalkan dan manafaatkan kepada seluruh umat islam sejagat...AMIN

Terima Kasih Abah , Umi dan Adik Ku si Kenot Wafa yang sentiasa menjadi sumber inspirasi Ku dalam meneruskan perjuangan ini.

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku masih Tidak Terhenti....
Jika Semalam Aku Mati

Tuesday, May 11, 2010

Gembira Bertemu Keluarga Tercinta

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Gembira sungguh rasa di hati dapat bertemu Abah, Umi dan si Kenot Wafa adik tersayang.

Aku dibawa meginap di Sentosa Regency Hotel Alor Setar bermula pada hari Ahad 9/5/10 dan kembali ke Kubang Jelai pada esoknya hari Isnin 10/5/10.

Rasanya masa begitu singkat bersama keluarga tercinta namun Aku tetap berbesar hati dan gembira kerana kedua Ibu bapa Ku telah menunaikan janjinya untuk bertemu Ku di Kubang Jelai bagi mengubat rindu di hati.

Alhamdulillah kali ini, walaupun hati sedih ketika Abah, Umi dan si Kenot Wafa ingin meninggalkan Ku dalam meneruskan pengajian Ku di Kubang Jelai Namum menunaikan JANJI itu adalah lebih utama dan merupakan satu amanah yang harus tiada kesudahannya.

Terima Kasih Abah
Terima Kasih Umi
terima Kasih adik Ku si Kenot Wafa

Ya ALLAH lindungilah keluarga Ku, Diri Ku, Guru-Guru Ku serta rakan seperjuangan Ku agar kami selamat dalam meneruskan perjuangan demi memartabatkan Al Quran dan Sunnah sebagai petunjuk kejalan yang HAK iaitu jalan yang KEKAL & ABADI............Amin

Daripada engkau Ya ALLAH Aku dihidupkan dan kepada engkau jualah Aku dikembalikan.

Kembalikanlah Ku dalam SYAHADAH dan REDO Mu. Wallahu.

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku masih Tidak Terhenti.........

Sunday, May 2, 2010

Harapan Yang Menggunung.....

Ahamdulillah serta salam dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W penutup segala Kenabian dan Rasul di mukabumi ini.......tiada yang lebih menyayangi dan di sayangi umatnya melainkan MUHAMMAD sebagai petunjuk ke jalan yang HAK.

Kini sudah hampir lebih 40 hari Aku di Kubang Jelai dalam mengabdikan diri Ku pada yang HAK demi meneruskan perjalanan awal Ku dalam memartabatkan Al-Quran dan Sunnah yang pada hakikatnya masih banyak lagi yang harus Aku terokai dan pelajari dari Guru-Guru yang Aku kasihi.

Alhamdulillah walaupun Aku jauh disisi keluarga namum Aku tidak sendiri disini. Aku sentiasa ditemani sahabat-sahabat seperjuangan Ku serta Guru-Guru yang bertungkus lumus dalam mendidik Ku untuk menjadi Hafiz yang sejati.

Setiap jumaat Ibu Bapa Ku kerap menghubungi Ku sebagai tanda kasih sayang serta keperihatinan mereka kepada Aku. Aku rasa begitu terharu terhadap kasih sayang yang dicurahkan dan inilah sebenar-benarnya harapan bagi diri Ku iaitu HARAPAN YANG MENGGUNUNG terhadap kasih sayang dari kedua Ibu Bapa Ku.....sebagai pendorong untuk Aku meneruskan perjalanan ini.

InsyaALLAH akan Aku tunaikan hasrat kedua Ibu Bapa  Ku untuk menjadi hafiz yang termuda di kalangan yang termuda di Al Kholidi.

Ya ALLAH, Ya RASULULLAH, Guru-Guru Ku, Ibu Bapa Ku serta sahabat seperjuangan Ku...... dengan DOA mu mudah-mudahan kami semua di Al Kholidi akan mendapat cahaya yang dicari sebagai penerang hidup serta petunjuk kejalan yang KEKAL dan ABADI.....Wallahu

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti........

Sunday, April 11, 2010

Perjuangan Harus Ku Teruskan.......

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W penutup segala Nabi dan Rasul yang menjadi panduan dan ikutan untuk seluruh umat tak kira apa jua bangsa dan keturunannya.

Sudah 3 minggu Aku berada di Kubang Jelai yang semakin dekat di hati Ku untuk meneruskan hafazan di bawah bimbingan Ustaz Huzaifah yang Aku hormati. 

Semakin hari semakin rindu rasanya pada kedua IbuBapa Ku  dan juga adik Ku si Kenot Wafa. Rasa tak sabar menanti kedatangan mereka untuk menjenguk Ku di Kubang Jelai. Namum Aku faham perjalanan ke Kubang Jelai agak jauh dan mungkin kedua IbuBapa Ku masih lagi sibuk dalam urusan perkerjaan yang menjadi asbab datangnya rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T [Ar Razak] kepada hambanya.

Namum hati Ku sedikit lega kerana pada jumaat yang lalu melalui hubungan telefon Ibu Ku akan berusaha untuk hadir ke Kubang Jelai dalam waktu yang terdekat ini bersama Bapa dan adik Ku si Kenot Wafa sebelum cuti pertengahan tahun ini.

Ya ALLAH permudahkanlah perjalanan IbuBapa dan adik Ku agar pertemuan kali ini dapat memberi perangsang kepada Ku dalam meneruskan Hafazan yang juga menjadi salah satu cita2 Ibu Ku sejak Aku di dalam kandungan lagi.....AMIN

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti.........

Friday, March 26, 2010

Sudah Seminggu Di Kubang Jelai

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Mudah-mudahan Aku, Guru-Guru Ku serta Sahabat hafazan Ku sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T

Kini sudah seminggu Aku berada di Kubang Jelai. Sebentar tadi baru sahaja selesai Ibu Bapa Ku menghubungi Ku untuk bertanyakan khabar berita sebaik sahaja  Aku selesai bermain bola bersama sahabat hafazan Ku.

Syukur Alhamdulillah, Aku sudah mula merasakan keseronokkan di Kubang Jelai walaupun hati Ku masih lagi menangis merindui Kedua Ibu Bapa Ku......

Alhamdulillah sekali lagi kerana Aku diletakkan dibawah jagaan Ustaz Huzaifah serta Ustaz Rafiq yang merupakan Guru hafazan yang Aku hormati.

Ya ALLAH permudahkan segala urusan Ku dengan curahan ilmu yang melimpah ruah serta ingatan yang berpanjangan untuk diri Ku bergelar HAFIZ yang bermanafaat untuk kesinambungan umat islam sejagat.

Aku doakan agar kami serta pentadbiran Al Kholidi sentiasa diberi pertolonngan oleh ALLAH S.W.T

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti Lagi...........


Tuesday, March 16, 2010

Ke Kubang Jelai 21/03/2010

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mudah-mudahan kita sentiasa di bawah naungan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

21/03/2010 Aku akan berada di Kubang Jelai untuk meneruskan pengajian Ku.....Aku berdoa agar ALLAH berikan kekuatan kepada Ku dengan curahan ilmu yang melimpah ruah serta ingatan yang berpanjangan.

Sementara menunggu waktunya ke Kubang Jelai aku masih lagi di latih tubi oleh ibu bapa Ku dirumah [kerana cuti sakit]. Alhamdulillah Yasin & An-Naba sudah di ingatan Ku selain dari surah-surah Juz Amma yang sudah di ingatan Ku.

Bapa Ku selalu mengingatkan Ku jika kita ingin Allah menyayangi kita maka kita haruslah sentiasa mengingati Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga hubungan dengan manusia....Jika kita inginkan orang lain berbuat baik kepada kita maka kita terlebih dahulu harus berbuat baik kepadanya.

Kadang-kadang kita rasa apa yang kita lakukan itu adalah terbaik namun tidak di sisi ALLAH dan begitulah sebaliknya.....

Semakin kuat kita beramal maka semakin berlipat gandalah gangguan syaitan laknatullah akan menghampiri kita.

Mudah-mudahan dengan izin ALLAH kita dipilih untuk menjadi ahli Zikrullah yang tidak lalai.

Kita kadang-kadang mudah menyebut "Innalillahi Wainnailaihi Rojiun" [Baca dlm bahasa Arab]. Dari Engkau ya ALLAH aku dihidupkam, dizahirkan & .....dan kepada Engkau jualah aku dikembalikan, dimatikan........

Persoalannya?????.........adakah kita sudah bersedia untuk pulang kepadanya?????......Apakah jalan yang harus kita cari?????......Adakah jalan itu sudah kita usahakan????.......Wallahu

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti

Thursday, March 4, 2010

YASIN

Ahamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pagi ini di rumah Ku 04/03/10 surah Yasin sudah Ku hafal sepenuhnya dan mula meresapi jiwa Ku selain dari surah-surah Juz Amma yang telah ku Hafal. InsyaALLAH inilah permulaan yang memberi semangat kepada Ku dan kedua ibubapa Ku untuk meneruskan hasrat dan cita-cita untuk menjadikan Ku seorang hafiz sejak Aku di dalam kandungan ibu Ku lagi.

Ya Allah janganlah engkau palingkan Ku setelah engkau letakkan Ku dilandasan yang betul iaitu jalan siratul mustaqim.............Permudahkanlah segala halangan yang mendatang agar Aku tenang dalam dunia hafazan Ku....Wallahu

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti............

Sunday, February 28, 2010

Dugaan Yang Harus Ku Tempohi...

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Semalam 27/02/10 jam 4.30 petang Aku tiba di UK Bistari untuk percutian Ku selama seminggu.

Banyak dugaan yang Ku lalui ketika berada di Kg Paya Mak Inson. Kemungkinan selepas ini Aku akan dipindahkan ke Kubang Jelai dengan bimbingan Ustaz Huzaifah yang dengan izin Allah dapat membantu Ku untuk memastikan 30 juzuk di dada Ku.

Aku berharap perpindahan Ku kali ini dapat memberikan Ku lebih tumpuan kepada hafazan dalam suasana yang aman damai.

Inilah perjuangan yang jika tanpa rintangan atau perubahan yang tidak di duga maka tidak terujilah Iman sesorang hamba itu....Wallahu

Alhamdulillah Naik Turun nafas Ku Masih Tidak Terhenti........

Tuesday, February 16, 2010

Kita Hanya Merancang Namum Allah Jua Yang Menentukannya

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Manusia hanya mampu merancang........Namun Allah jua yang menentukan segala-galanya.

Inilah berita yang Ku terima di mana akan berlaku satu rombakan di Kg Paya Mak Inson, Trengganu & Juga UK Bistari. Mudah-mudahan rombakan ini akan memberi rahmat bagi Ku dan sahabat-sahabat agar lebih tenang dalam meneruskan perjuangan di dunia Hufaz yang penuh dengan cabaran.

Ya Allah permudahkan Ku, sahabat-sahabat dan juga pentadbiran Al Kholidi serta Guru-Guru agar segala yang dihajati, dirancang termakbul.............Amin

Kadang-kadang kita rasa apa yang kita lakukan adalah yang terbaik namun tidak disisi Allah dan begitulah sebaliknya..........Wallahu

Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak terhenti..........

Friday, February 5, 2010

Pencarian Yang Tiada Noktahnya.........Wallahu

Alhamdulillah............
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T yang banyak memberi limpah rahmat kepada hambanya dan Salam serta Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W penutup segala keNabiaan dan keRasulan di muka bumi ini dengan Mukjizat Al-Quran yang tiada keraguannya serta Sunnahnya yang menjadi amalan dan ikutan sepanjang zaman.


Hari ini merupakan minggu ketiga Aku berada di Kg. Paya Mak Inson dalam meneruskan perjuangan Ku sebagai seorang bakal Hafiz. InsyaALLAH jika diizinkanNYA serta disulami dengan doa dari Guru-Guru dan kedua Ibubapa Ku, tiada yang mustahil untuk Ku sematkan 30 Juzuk Al-Quran dan Sunnah dihati Ku dan dapat diamalkan dengan istiqomah untuk kesinambungan umat islam seterusnya sebagai penyambung generasi yang akan datang.


Kata Bapa Ku......... Carilah jalan untuk menjadi INSAN yang Kamil dan IHSAN itulah jalan-jalan yang perlu di cari dan di jelajahi dalam membersihkan hati dan jiwa yang penuh dengan DOSA dan KESYIRIKAN dalam menuju pada yang HAK serta tunduk di atas petunjukNYA.


Jalan yang AWAL telah Ku temui.........dalam mengenali ISLAM dan IMAN, Namum masih banyak lagi yang harus Aku cari dan pelajari sebelum Aku dikembalikan kepadaNYA sebagai insan yang Kamil.


Wallahu


Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih Tidak Terhenti........



Sunday, January 17, 2010

Hafazan Sepenuh Masa Ku Bermula Di Kg Paya Mak Inson

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mudah-mudahan Aku, Guru-Guru Ku, Ibubapa Ku serta sahabat seperjuangan Ku sentiasa berada dibawah naungan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Hari ini merupakan hari pertama perjalanan Ku ke dunia hafazan sepenuh masa. Kata Ibubapa Ku melalui maklumat yang diterima sebaik selesai Ustaz Yunus mengadakan Kuliyah di Surau di kawasan rumah Ku, destinasi awal yang telah dirancang adalah menuju ke Trengganu. Namum diatas kehendak Allah S.W.T  dan diatas permintaan Guru-Guru yang mendidik Ku [ketika program 40 hari penyucian diri] yang ingin terus untuk Ku berada di Kg Paya Mak Inson, maka rancangan awal ke Trengganu telah dibatalkan.


Di Kg Paya Mak Inson Aku akan terus dididik untuk membuat hafazan Al Quran dan jika Aku terus istiqomah tiada yang mustahil jika dizinkan Allah, dengan curahan ilmu dan ingatan yang melimpah ruah, Aku akan menjadi di kalangan Hafiz yang termuda di Al-Kholidi. Inilah hasrat Guru-Guru yang akan mendidik Ku di Kg Paya Mak Inson.


Pagi tadi kira-kira pukul 11.00 pagi perjalanan Ku dari Ukay Bistari Ke Kg Paya Mak Inson bermula. Alhamdulillah Aku telah selamat tiba di Kg Paya Mak Inson lebih kurang pukul 6.30 petang.

Harapan Ku, serta diiringi dengan doa kedua Ibubapaku, mudah-mudahan segalanya berjalan dengan mudah seperti yang telah diatur. Namun begitu, Aku akan sentiasa berdoa agar hasrat Ku dan Kedua Ibubapa Ku untuk menjadi seorang Hafiz termakbul. Amin......

Pesan Bapaku......Ingatlah Allah, Hadiahkanlah Al-Fatihah buat Rasullullah, Wali-Wali Allah, Guru-Guru, Ibubapa dan Sahabat Seperjuangan Ku. InsyaAllah, keberkatan akan sentiasa mengiringi dimana jua keadaan kamu berada.

Wallahu......
Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku Masih lagi Tidak Terhenti..........

Wednesday, January 13, 2010

Kembali Seketika ke Pangkuan Keluarga

Alhamdulillah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Selesai sudah Aku mengharungi 40 hari penyucian diri di Kg Paya Mak Inson.


Hati Ku begitu memuji kebaikan Guru-Guru dan sahabat-sahabat Ku dan bagi diri Ku yang kecil ini abang Basir merupakan sahabat yang beriman dan berakhlak mulia.


Perkataan yang secara spontan terkeluar dari mulut Ku adalah alangkah selesanya Ku melihat ruang katil Ku serta Hawa Dingin yang sentiasa membuat Ku lena dalam tidur Ku ketika Ku melangkah masuk ke ruangan bilik tidur Ku [kerana sejak dari lahir lagi aku sudah biasa ditidurkan di dalam bilik yang berhawa dingin].


Namun di hati kecil Ku, semuanya itu hanya permainan duniawi dan alangkah bahagianya dengan limpah rahmat Allah S.W.T, Aku, Ibubapa Ku, Keluarga Ku, Guru-Guru Ku dan sahabat-sahabat seperjuangan Ku dapat ditempatkan di Syurga yang kekal abadi. Wallahu.


Hari ini merupakan hari yang keempat Aku bersama keluarga.


[.........10/01/2010 merupakan satu tarikh yang amat bermakna bagi diri Ku dan juga kedua Ibubapa Ku di mana kami akan mengetahui dimanakah tempat yang khusus untuk Aku meneruskan perjalanan Ku di dalam mengharungi dunia Huffaz yang penuh dengan cabaran ini. Sebaik sahaja kedua Ibubapa Ku menerima surat keputusan atau tawaran dari pihak pentadbiran Al Kholidi, mereka kelihatan tersenyum seolah-olah sudah mengetahui dimanakah tempat khusus yang Aku harus lalui. Kelihatan Kg Paya Mak Inson sudah begitu mesra dengan jiwa Ku dan di sinilah tempat yang harus Aku mulai sebagai Hafiz sepenuh masa dan mudah-mudahan di sini jugalah akan Ku akhiri atau pastikan 30 juzuk berada di hati Ku untuk Ku manafaatkan kepada seluruh umat Islam sejagat........]

Aku berharap dengan doa Guru-Guru, Sahabat Seperjuangan dan kedua Ibubapa Ku, mudah-mudahan dengan izin Allah segala perjalanan Ku akan dipermudahkan dengan curahan ilmu yang melimpah ruah serta ingatan yang berpanjangan untuk Ku habiskan 30 Juzuk Al-Quran di dada Ku.

Ya Allah jadikanlah Aku dikalangan Hafiz yang termuda di Al Kholidi. Inilah satu-satunya hadiah Ku buat Guru-Guru Ku, kedua Ibubapa Ku dan sebagai kesinambungan untuk Ku manafaatkan buat saudara se-Islam Ku di masa akan datang. Tiada daya upayaKu melainkan dengan izin Mu. Amin Ya Allah.....

Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.

Wednesday, January 6, 2010

Minggu Terakhir Penyucian Diri di Kg Paya Mak Inson

Alhamduliilah serta salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mudah-mudahan Aku, rakan-rakan huffaz Ku, Guru-Guru Ku serta kedua ibu bapa Ku sentiasa tergolong dikalangan orang-orang yang bersyukur.

Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk Aku berada di Kg Paya Mak Inson. Minggu ini juga merupakan minggu pertama persekolahan sekular bagi tahun 2010 yang telah Aku tinggalkan demi memartabatkan Al-Quran dan Sunnah dengan harapan dan doa satu hari kelak aku akan menjadi Hafiz dan Ulamak yang termuda dan dapat dimanafaatkan untuk seluruh umat islam sejagat.

Selepas tamat 40 hari penyucian diri di Kg Paya Mak Inson, Aku akan ditempatkan di Tahfiz Al-Kholidi samaada di Kg Paya Mak Inson, UK Bistari, Kubang Jelai, Kuantan atau Trengganu yang Aku sendiri tidak pasti.

Semua yang berlaku selepas ini aku serahkan kepada Guru-Guru yang telah bertungkus lumus membimbing Ku bagi menentukan dimanakah tempat yang sesuai untuk Aku meneruskan pengajian Tahfiz ini mengikut tahap prestasi Ku. Namun hakikatnya segala arah laluan yang akan Aku lalui selepas ini hanyalah ketentuan dari yang HAK kerana ia lebih mengetahui akan apakah yang terbaik buat hambanya.

Rasa tak sabar untuk Ku bertemu dengan kedua ibu bapa Ku serta adik Ku si Kenot Wafa. InsyaAllah jika nafas ku masih tidak terhenti akan Ku teruskan perjuangan ini. Aku yakin Allah akan bersama Ku. Seperti pesan Bapa Ku yang sentiasa mengingatkan Aku selepas solat berjamaah di rumah, "Jika kita sentiasa ingat Allah maka Allah akan lebih mengingati diri Kita walau di mana jua kita berada, walau apa jua kedudukan kita di muka bumi ini".


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Ku........


Ilahi Antamaksudi Warido Kamadlubi.......
Waufauwiduamri ilallah.....
Redhoku hanya dari RedhoMu
Aku serahkan segala urusanku hanya kepadamu Ya Allah.
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada saat dan ketika ini.